Anda di sini

Pemandu jengkaut tertimbus: Guna jentera penebok, bom untuk ke lokasi mangsa 

Advertisement
Lokasi mangsa bersama jentolak dipercayai tertimbus.
Lokasi mangsa bersama jentolak dipercayai tertimbus.

KUCHING: Jentera penebuk digerakkan ke lokasi insiden seorang pemandu jentera berat yang tertimbus bersama jengkaut akibat runtuhan batu di tapak sebuah kuari di Jalan Tanjung Durian, Kampung Tanjung Durian, Bau hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau PKPgB Tawang Lingem yang juga Komander Operasi melaporkan, jentera penebuk itu digerakkan bagi menebuk batuan yang besar untuk memasang bom untuk memecah batu-batu ke lokasi batu besar yang menghempap mangsa.

"Operasi bersambung semula pada jam 5.30 petang selepas ditangguhkan sementara pada jam 4.45 petang susulan hujan lebat di lokasi dan juga atas faktor keselamatan.

"Sebuah jentera penebuk digerakkan bagi menebuk batuan yang besar untuk memasang bom bagi memecah batu-batu ke lokasi batu besar yang menghempap mangsa," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak hari ini. 

Terdahulu, Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 3.18 petang. 

"Maklumat awal daripada pemanggil mengatakan kuari tersebut telah roboh dan menimbus sebuah jengkaut beserta pemandu," katanya. 

Katanya, mangsa yang dilaporkan tertimbus dikenali sebagai Anthony Kanna, 48 tahun, masih belum dijumpai setakat ini. 

Mengulas lanjut kejadian itu, jelasnya jengkaut terbabit, yang dikatakan membuat kerja-kerja meratakan tapak batu, tertimbus disebabkan runtuhan batu di kuari tersebut. 

"Terdapat seorang mangsa (operator)  bersama jentera telah tertimbus dihempap batu yang dianggarkan sebesar 20 meter," katanya. 

Tambahnya, aktiviti mengebom bagi memecahkan batuan di kawasan kuari dilakukan sebuah syarikat kuari pada sebelah pagi menyebabkan struktur batu tidak stabil dan telah runtuh.

Katanya lagi, terdapat empat jengkaut dan juga jentolak milik syarikat berkenaan sedang membuat kerja-kerja pembersihan di tapak untuk ke lokasi jengkaut yang tertimbus yang dianggarkan 50 meter dari pos kawalan tempat kejadian.

"Pihak bomba hanya membuat pemantauan keselamatan di lokasi bagi memastikan keselamatan dari runtuhan susulan ketika kerja-kerja menyelamatkan mangsa dilakukan," ujarnya. 

  • oleh
  • Advertisement