Anda di sini

Mujur tiada kehilangan nyawa, kuarters pekerja ladang ranap di Betong 

Advertisement
Dua kuaters pekerja ladang di Sungai Tisek, Betong musnah terbakar. - Gambar ihsan bomba
Dua kuarters pekerja ladang di Sungai Tisek, Betong musnah terbakar. - Gambar ihsan bomba

KUCHING: Dua blok kuarters pekerja di sebuah ladang di Sungai Tisek, Betong musnah dalam kebakaran hari ini. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 7.07 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi. 

"Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak terima panggilan daripada kawalan Betong melaporkan kebakaran melibatkan rumah pekerja beralamat di ladang Sungai Tisek, Betong.

"Keluaran pertama Scania dianggotai enam orang dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dua orang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Sapuan Abu telah bergerak ke lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelasnya, kebakaran yang memusnahkan sepenuhnya dua blok kuarters pekerja struktur kayu itu terkawal pada jam 8.05 pagi.

"Setiap blok mempunyai 10 bilik dan secara keseluruhan 20 buah bilik telah musnah," dedahnya. 

Tambahnya, bagaimanapun kesemua mangsa dilaporkan selamat dan operasi pemadaman dilaporkan tamat sepenuhnya pada jam 9 pagi. 

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement