Anda di sini

India catat 27,254 kes baharu COVID-19, 219 kematian dalam tempoh 24 jam

Advertisement
 

NEW DELHI: India menyaksikan penurunan ketara jangkitan harian COVID-19 dengan 27,254 kes dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 33,264,175 pada Isnin, menurut Kementerian Kesihatan Persekutuan.

Sementara itu, 219 kematian direkodkan pada Ahad, menjadikan angka korban terkini mencecah 442,874, lapor Xinhua.

Kebanyakan kes dan kematian dilaporkan di selatan negeri Kerala.

Sehingga kini, sebanyak 374,269 kes aktif dilaporkan dan sejumlah 32,447,032 orang telah sembuh. - Bernama 

Advertisement