Anda di sini

Buruh ladang maut, nahas motosikal dan lori tangki

Advertisement
 Kelihatan anggota bomba dan penyelamat sedang berusaha mengeluarkanmayat  mangsa yang tersepit di bawah lori tangki minyak dalam kemalangan berhampiran simpang Bekenu, Jalan Miri-Bintulu pagi ini.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah lori tangki minyak dalam kemalangan berhampiran simpang Bekenu, Jalan Miri-Bintulu pagi ini. - Gambar ihsan JBPM

MIRI: Seorang buruh ladang warga asing maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di persimpangan Bekenu, Jalan Miri-Bintulu, hari ini.
    
Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Yahya Simang, 43, dan berasal dari Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
    
Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri, Law Poh Kiong berkata pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 7.40 pagi.
    
Berikutan itu katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng yang terdiri daripada enam orang telah bergegas ke tempat kejadian.
    
Setiba di tempat kejadian sekitar jam 8.33 pagi, pihak bomba mendapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang buruh ladang dan sebuah lori tangki muatan minyak diesel.
    
"Menurut saksi, sebelum kejadian mangsa dilihat hendak  keluar dari simpang ladang tempatnya bekerja yang terletak bertentangan dengan simpang Bekenu (simpang empat) untuk pergi ke Bekenu, manakala lori berkenaan melalui jalan lurus dari arah Miri menghala ke Bintulu.
    
"Setiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian bawah lori sebelah kiri berhampiran tangki menyebabkan motosikalnya tersepit di bawah kenderaan berat tersebut," katanya.
    
Berikutan itu kata Law, anggota penyelamat terus bertindak mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah lori berkenaan menggunakan alat pemotong mengikut konsep prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
    
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement