Anda di sini

Iraq: Lapangan Terbang Antarabangsa Erbil jadi sasaran serangan dron

Advertisement
 

ERBIL: Satu serangan dron menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Erbil, Iraq dekat dengan lokasi penempatan tentera Amerika Syarikat, lapor Agensi Anadolu memetik sumber tempatan.

Pengurus Lapangan Terbang Erbil Ahmed Hoshyar berkata perkhidmatan penerbangan kembali beroperasi selepas ditangguhkan sementara waktu atas faktor keselamatan. 

“Lapangan terbang itu diserang dron yang sarat dengan bahan letupan,” memetik kenyataan pihak berkuasa memerangi keganasan Wilayah Kurdish.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. - Bernama 

Advertisement