Anda di sini

COVID-19: Rakyat jangan leka, kekal waspada

Advertisement
 

KUCHING: Rakyat di negeri ini dinasihat tidak leka dan kekal waspada berikutan peningkatan kes harian COVID-19 melebihi angka tiga ribu bermula 5 September 2021.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini, berkata orang ramai harus memastikan saranan dan nasihat-nasihat kesihatan diamalkan setiap masa.

“Antara nasihat yang wajar dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian ialah elakkan 3S atau 3C iaitu elakkan kawasan sesak, sempit dan elak bersembang atau bertutur dengan jarak yang dekat.

“Amalkan 3W, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, sangat digalakkan memakai alat pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala dan amaran dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) lebih berkonsep peringatan,” katanya.

Amaran KKM yang berkonsep peringatan iaitu, elakkan bersalaman atau bersentuhan, amalkan etika batuk dan bersin, dapatkan rawatan segera jika bergejala, duduk di rumah dan elakkan kunjung mengunjung.

Orang ramai juga katanya perlu melakukan aktiviti sanitasi dan pembersihan di tempat kerap disentuh selain mengingati S.O.P.

“S adalah syarat-syarat seperti ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), O, orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya perlu dilindungi, individu tidak sihat serta bergejala harus segera menjalani pemeriksaan kesihatan. P, penjarakan fizikal perlu diamalkan setiap masa iaitu sekurang-kurangnya satu meter,” tambahnya.

Hari ini Sarawak merekod jumlah kes harian tertinggi iaitu iaitu, 5,291 menjadikan jumlah kumulatif kes kini sebanyak 156,798 kes.

  • oleh
  • Advertisement