Anda di sini

23 rumah terbakar di Penempatan Telipok

Advertisement
 Keadaan kebakaran di Penempatan Telipok yang memusnahkan 23 rumah dihuni 115 keluarga.
TERBAKAR: Keadaan kebakaran di Penempatan Telipok yang memusnahkan 23 rumah dihuni 115 keluarga.

KOTA KINABALU: Sejumlah 23 rumah membabitkan 115 keluarga kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka misnah terbakar di Penempatan Telipok di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.07 petang sebelum menggegaskan sepasukan pegawai serta anggota ke lokasi.

Katanya operasi turut dibantu pasukan bomba dan BBP Tuaran serta BBP Kota Kinabalu membabitkan lebih 30 keanggotaan keseluruhan serta beberapa jentera pemadam.

“Pasukan bomba mengalami kesukaran untuk masuk ke kawasan penempatan setinggan yang terletak 17 kilometer dari kawasan balai berikutan laluan yang sempit ke kawasan terbabit.

“Keadaan terbabit turut disebabkan oleh laluan yang sesak akibat kenderaan awan yang turut melalui laluan berkenaan,” katanya.

Menurutnya kebakaran membabitkan 23 buah rumah yang dihuni oleh 115 keluarga.

Beliau berkata sebarang maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa.

  • oleh
  • Advertisement