Anda di sini

83 pemimpin negara dijangka sertai Perhimpunan Agung PBB ke-76

Advertisement
Gambar hiasan Bernama
Gambar hiasan Bernama

NEW YORK: Seramai  83 pemimpin negara dijangka menghadiri sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)  yang bakal berlangsung mulai 14 September, kata presiden sesi ke-75 UNGA, Volkan Bozkir, pada Khamis. 

"Setakat ini, 83 pemimpin negara secara peribadi telah memaklumkan hasrat mereka untuk menghadiri perhimpunan itu, 26 telah memohon untuk sertai secara rakaman," kata Bozkir pada sidang media terakhirnya sebagai presiden UNGA, lapor Xinhua.

“Ramai ketua negara mahu hadiri perhimpunan itu secara fizikal. Sudah tentu, kami terpaksa mengehadkan jumlah orang yang boleh masuk ke dalam bangunan.

“Disebabkan bilangan delegasi yang menyertai lebih ramai daripada jangkaan dan bertambah dari semasa ke semasa , jadi hanya 1 + 6 (untuk setiap delegasi),” katanya. 

UNGA 76 akan berlangsung mulai 21 hingga 27 September. - BERNAMA

Advertisement