Anda di sini

Seorang maut gempa berskala 7.1 gegar selatan Mexico

Advertisement
 

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya seorang maut selepas gempa bumi dengan kekuatan 7.1 pada skala Richter mengegarkan bandar Acapulco wilayah Guerrero, selatan Mexico pada Selasa, lapor Xinhua.

Gegaran turut dirasai di pusat bandar Mexico City, yang terletak ratusan kilometer (km) dari pusat gempa, menurut sumber rasmi.

Perkhidmatan seismologi Mexico menerusi ciapan Twitternya memaklumkan gempa berlaku pada 8.47 malam waktu tempatan, (0147 GMT) 11 km barat daya Acapulco, dengan kedalaman 10 km. - Bernama 

Advertisement