Anda di sini

Kes COVID-19 di India meningkat kepada 33,096,718

Advertisement
Gambar hiasan
Gambar hiasan

NEW DELHI: Jumlah kes COVID-19 di India meningkat kepada 33,096,718 pada Rabu, dengan 37,875 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, lapor Xinhua.

Menurut data terkini kementerian kesihatan persekutuan, 369 kematian akibat wabak itu dilaporkan sejak Selasa pagi menambah jumlah keseluruhan korban kepada 441,411.

Sebilangan besar kes dan kematian baharu dilaporkan di Kerala.

Masih terdapat 391,256 kes COVID-19 aktif di negara ini meskipun terdapat penurunan 1,608 kes.

Seramai 39,111 lagi pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital. - Bernama 

Advertisement