Anda di sini

Ronaldo catat rekod baharu penjaring gol terbanyak dunia

Advertisement
Ronaldo mengatasi pencapaian bekas penyerang pasukan kebangsaan Iran, Ali Daei, yang bersara pada 2007. - Gambar fail AFP

MOSCOW: Penyerang Portugal Cristiano Ronaldo muncul pemegang rekod dunia baharu dalam jumlah jaringan gol antarabangsa dengan rekod itu dicapai semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia pada Rabu menentang Republik Ireland, lapor Sputnik.

Ronaldo memecahkan rekod dengan menanduk masuk gol ke-110 pada minit ke-89 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Ireland di Faro, menjadikan perlawanan sengit terikat 1-1.

Portugal akhirnya membawa pulang kemenangan setelah pemain berusia 36 tahun itu menjaringkan gol kemenangan dengan satu lagi tandukan lain pada minit keenam masa tambahan.

Ronaldo mengatasi pencapaian bekas penyerang pasukan kebangsaan Iran, Ali Daei, yang bersara pada 2007. - Bernama 

Advertisement