Anda di sini

Liek Hou melangkah ke separuh akhir

Advertisement
Liek Hou membalas hantaran lawannya dari Mesir Eldakrory pada pusingan pertama peringkat kumpulan di kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini. - Gambar Bernama 
Liek Hou membalas hantaran lawannya dari Mesir Eldakrory pada pusingan pertama peringkat kumpulan di kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini. - Gambar Bernama 

Daripada Amiril Muttaqien Meketar

TOKYO: Juara dunia enam kali Cheah Liek Hou tidak menghadapi masalah untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir acara badminton selepas mencatatkan kemenangan kedua peringkat kumpulan B pada temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini.

Bersaing dalam acara perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan fizikal), Liek Hou menampilkan persembahan cemerlang untuk menewaskan wakil Taiwan, Jen Yu Fang, 21-13, 21-19 di Stadium Nasional Yoyogi di sini.

Pemain nombor dua dunia itu gembira bahawa Yu Fang memberi saingan sengit selepas hanya mengambil masa 15 minit untuk merangkul kemenangan mudah 21-3, 21-2 terhadap pemain Mesir, Eldakrory Ahmed Magdy Amin pada perlawanan pembukaan semalam.

“Saya akhirnya menemukan rentak permainan...terima kasih atas cabaran oleh Yu Fang. Saya ketinggalan 2-5 pada set kedua dan ketika itu dapat kembali rentak saya untuk mencapai kemenangan.

“Harap dapat mengekalkan momentum ini untuk kemenangan ketiga esok dan mengungguli kedudukan kumpulan,” katanya kepada pemberita.

 Pemain pilihan kedua ini akan melengkapkan perlawanan kumpulan dengan menentang pemain Jepun, Taiyo Imai, esok.

- Bernama 

Advertisement