Anda di sini

Pemuda ugut bunuh ibu dipenjara lapan bulan

Advertisement
 

MIRI: Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas seorang pemuda setelah mengaku bersalah mengugut hendak membunuh ibu kandungnya.
    
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah Benjamin Aron Apoi, 23, dari Taman Jelita, Taman Tunku di sini mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
    
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
    
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah melakukan ugutan jenayah terhadap Apok Tinggang, 72, dengan mengugut hendak membunuh ibu kandungnya itu. 
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8 pagi, 3 Februari tahun ini di rumah keluarganya di Jalan Katibas 1A Taman Jelita, Taman Tunku di sini.
    
Hasil siasatan lanjut polis mendedahkan semasa kejadian, tertuduh yang dalam keadaan marah-marah telah datang ke arah ibunya dan mengugut hendak memotong serta membunuh wanita terbabit.
    
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 22 Februari tahun ini.
    
Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

  • oleh
  • Advertisement