Anda di sini

Sarawak kini peringkat akhir persiapan untuk vaksinasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak sedang membuat persiapan peringkat akhir bagi melaksanakan suntikan vaksin kepada golongan remaja berusia 12 sehingga 17 tahun dalam usaha melindungi mereka daripada COVID-19.

Menurut Timbalan Ketua Menteri yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pelaksanaannya itu akan diumumkan selepas semua persiapan selesai.

"Kita mengharapkan mereka yang masih enggan dan berkeras hati untuk disuntik dengan vaksin berkenaan untuk segera berubah fikiran dan menerimanya.

"Pusat Pemberian Vaksin (PPV) masih lagi beroperasi di seluruh negara dan mereka yang belum berbuat demikian untuk segera menghubungi pihak JPBN Sarawak di bahagian masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.

Uggah menegaskan mereka yang belum divaksin bukan sahaja membahayakan diri sendiri malahan ahli keluarga dan mereka yang berada di sekeliling.

Katanya lagi, sejak akhir-akhir ini terdapat penambahan kes positif dan ditambah pula dengan varian Delta yang boleh menyebabkan maut.

Sementara itu mereka yang telah mendapatkan vaksin penuh akan menikmati beberapa kelonggaran selepas ini.

Pada masa sama, sehingga semalam, 1,864,381 iaitu (90.2 peratus) kumulatif rakyat Sarawak yang layak telah menerima dos pertama dan 1,764,238 (85,4 peratus) juga telah menerima dos kedua mereka.
 

  • oleh
  • Advertisement