Anda di sini

COVID-19: Kes Delta meningkat mendadak di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Kes varian Delta COVID-19 di negeri ini menunjukkan peningkatan mendadak, kata Pengarah Institut  Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM), Univesiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Dr David Perera.

Beliau berkata kadar pengesanan keseluruhan melebihi 73 peratus telah direkodkan iaitu 'peningkatan mendadak' dari 50 peratus dilaporkan pada 3 Ogos 2021.

Dalam laporan beliau kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah hari ini, Dr David berkata bahagian Kuching sahaja, merekodkan kadar pengesanan lebih kurang 90 peratus. 

"Varian ini juga terus dikesan di  Bau, Lundu, Kota Samarahan, Simunjan, Miri dan Bintulu. Selain itu kita turut mengesn enam kes varian Delta di Sibu," katanya. 

UNIMAS berperanan membantu JPBNS mengesan penularan dua varian SARS-COV-2 di negeri ini. 

"Sebagai sebahagian pengawasan yang kami lakukan ketika ini, kami melaporkan setakat 10 Ogos 2021, terdapat penambahan 249 kes varian membimbangkan (VOC)  dan varian perlu diberi pemerhatian (VOI)  dikesan daripada 338 kes positif COVID-19 yang dirujuk serta dikendalikan (IHCM). 

"248 daripada kes-kes VOC/VOI ini adalah varian Delta (B.1.617.2). Baru-baru ini terdapat satu kes dikenali VOI Indonesian (B.1.466 2) dikesan di Bintulu,” ujarnya.

Dr. David menambah, jumlah kumulatif VOC/VOI yang telah dikesan di Sarawak dari kes-kes positif COVID-19 ialah 592 setakat 10 Ogos 2021.

Advertisement