Anda di sini

The Society of Hope Sabah terus dengan misi kemanusiaan

Advertisement
 Josephine (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Siti Alam dari Inanam
PRIHATIN: Josephine (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Siti Alam dari Inanam

KOTA KINABALU: The Society of Hope Sabah terus dengan komitmen menyampaikan bantuan makanan kepada masyarakat memerlukan.

Presidennya, Josephine Hadikusumo berkata beliau sangat bersyukur bahawa badan bukan kerajaan itu dapat meneruskan misi-misi kemanusiaan sejak pandemik COVID-19 bermula walaupun terdapat peraturan-peraturan yang ketat.

Pada minggu ini, pihaknya telah menyerahkan bantuan makanan daripada The Society Project Hope Milk dan School Kit Fund kepada wakil dari perkampungan Inanam, Sembulan dan Telipok Ria di sini.

Katanya, bantuan itu akan memberikan manfaat kepada 72 kanak-kanak dan ianya akan dilaksanakan secara berperingkat dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

"Setiap kampung akan menghantar wakil masing-masing serta data-data penerima untuk pengesahan.

"Kita melakukan langkah-langkah ini bagi memastikan penderma yang bergantung kepada ketelusan kami khususnya bantuan disampaikan kepada masyarakat betul-betul miskin dalam komuniti," katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada para penderma tempatan dan luar negara atas sumbangan demi tujuan murni pertubuhan itu.
 

  • oleh
  • Advertisement