Anda di sini

Noraini Ahmad letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parit Sulong yang juga Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi berkuat kuasa serta merta.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, perletakan jawatannya itu sebagai tanda akur kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos lalu.

“Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, usahanya dalam mendepani COVID-19 tetap akan diteruskan, walaupun beliau tidak lagi berada dalam kerajaan.

Noraini turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pihak berkepentingan berkaitan kementerian, yang banyak membantunya melaksanakan tugas.

Dua hari lepas, Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli. - BERNAMA 

Advertisement