Anda di sini

Ketua Pemuda Amanah meninggal dunia

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Pakatan Harapan Shazni Munir Mohd Ithnin (gambar) meninggal dunia hari ini selepas beberapa minggu bergelut dengan jangkitan COVID-19. 

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dalam hantaran melalui Facebook memaklumkan pemergian Shazni Munir yang juga Ketua Pemuda Amanah, merupakan satu kehilangan bagi semua pihak.

"Ia satu kehilangan yang besar kepada kita semua. Saya amat terasa dengan kehilangan anak muda ini yang amat dekat dengan saya.

"Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh pendukung Amanah. Semoga dikurniakan setinggi-tinggi pengampunan oleh Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," katanya.

Berdasarkan hantaran Facebook rasmi parti itu, Allahyarham Shazni Munir, 34, meninggalkan seorang balu dan anak-anak yang masih kecil.- BERNAMA

Advertisement