Anda di sini

Faizal Azumu dilantik jadi Penasihat Khas Perdana Menteri

Advertisement
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (gambar) dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Ahli Parlimen Tambun dan mantan Menteri Besar Perak itu bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.

“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikan ini,” maklum kenyataan itu pada Khamis. - BERNAMA

Advertisement