Anda di sini

Tiada varian Lambda dikesan di Sarawak setakat ini - Dr David Perera

Advertisement
 

KUCHING: Tiada kes varian yang perlu diberi perhatian (VOI), Lambda (C.37) dikesan di negeri ini, Semenanjung Malaysia bahkan di negara jiran setakat ini.

Sehubungan itu, menurut Prof Dr David Perera dari Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkata, rakyat Sarawak tidak perlu bimbang mengenai varian tersebut. 

Dalam satu kenyataan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah hari ini, Dr David mengatakan bahawa IHCM komited untuk bekerjasama erat dengan JPBNS melalui program pengawasan penjujukan genom SAR- CoV-2 SAR-CoV-2.

Menerusi program tersebut, pihaknya akan memberi maklumat kepada masyarakat umum mengenai kemasukan mana-mana VOI atau varian yang membimbangkan (VOC) baharu ke Sarawak.

"Walaupun tiada kes Lambda (C.37) dikesan di Sarawak, kami menasihatkan masyarakat mengenai perlunya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Ini untuk mengelakkan peningkatan penularan virus yang berpotensi menyebabkan munculnya VOI atau VOC baharu apatah lagi apabila kita perlahan-lahan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN),” jelasnya. 

Dr David menambah, sampel Lambda yang paling awal didokumentasikan adalah dari Peru pada bulan Disember, 2020.

Manakala pada bulan Jun tahun lalu katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) secara rasmi menetapkan Lambda sebagai VOI.

"Setakat ini, VOI berkenaan telah dikesan terutama di Amerika Selatan (lebih dari 2,000 kes dilaporkan), di Amerika Syarikat (lebih dari 1,000 kes), Eropah (kurang dari 350 kes) dan baru-baru ini di India (enam kes).

Dr David mengatakan di Asia, pengimportan kes tunggal telah dilaporkan di Jepun, Australia dan Bangladesh.

Pada 14 Jun lalu, WHO mengisytiharkan varian Lambda sebagai varian berkepentingan (VOI), malah pakar kesihatan antarabangsa menyatakan mutasi sedemikian jarang ditemui, sekali gus mengundang kemungkinan ia kebal terhadap vaksin COVID-19 sedia ada.

  • oleh
  • Advertisement