Anda di sini

STAR kekal teguh bersama GRS : Robert

Advertisement
ROBERT TAWIK
ROBERT TAWIK


KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tetap teguh bersama kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Penglima Hajiji Noor.


Naib Presiden STAR 1 Datuk Robert Tawik (gambar) berkata, hubungan STAR dengan kerajaan GRS tidak terjejas walaupun terdapat kemelut politik di peringkat persekutuan.


"Apa yang sedang berlaku dengan politik di peringkat persekutuan tidak menjejaskan hubungan STAR dengan kerajaan GRS.


"Malah kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, semua pemimpin parti dalam GRS sepakat untuk memantapkan kerajaan GRS seperti yang dimeterai semasa pembentukan kerajaan negeri.


"Pembentukan Kerajaan GRS selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu adalah hasil kesepekatan parti-parti yang bergabung dalam GRS, " katanya dalam satu kenyataan.


Dalam perkembangan berkaitan, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor meminta rakyat Sabah supaya tidak mendengar berita-berita atau cerita-cerita tidak sahih yang tular di media sosial oleh pihak tertentu terhadap kerajaan GRS.


"Kerajaan GRS tidak sama sekali tergugat dengan situasi politik yang berlaku di peringkat Persekutuan.

 
"STAR akan terus bersama dengan kerajaan GRS untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada rakyat bagi menyelesaikan masalah rakyat dana pada masa sama menangani pandemik COVID-19 yang sedang melanda di negeri ini.


"Ini adalah keutamaan kerajaan Sabah dan bukan asyik membuang masa berpolitik sepanjang masa. Rakyat sekarang amat terkesan dengan pandemik ini yang mana ianya perlu diambil diambil perhatian oleh kerajaan, " kata Robert.

  • oleh
  • Advertisement