Anda di sini

Jangan anjur majlis selepas pengebumian

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Pemimpin masyarakat, ketua kampung dan ketua mukim digesa supaya terus mengingatkan penduduk di kawasan masing-masing supaya tidak mengadakan sebarang majlis selepas pengebumian seperti kenduri dan tahlil.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya berkata, arahan itu untuk semua lapisan masyarakat sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam.

Katanya, perkara itu penting bagi mengelakkan penularan jangkitan yang berpotensi mencetuskan kluster baharu yang semakin meningkat ketika ini khususnya berkaitan penganjuran majlis sosial.

"Orang ramai yang ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan majlis sosial, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya.

Beliau berkata, satu kluster baharu yang dikesan pada 4 Ogos lepas dipercayai berpunca dari majlis pengebumian.

Menurutnya, Kluster Tampasuk Kota Belud adalah penularan COVID-19 dalam komuniti iaitu kes indeks juruwang wanita berumur 32 tahun di sebuah bank disahkan positif PCR dengan CT value 18.51 pada 26 Julai lepas.

Katanya, kes indeks dikesan bergejala demam, sakit badan, sakit tekak, selsema dan batuk. Hasil pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 159 kontak mendapati 29 kes positif COVID-19.

Masidi berkata, kesemua kes yang positif dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Queen Elizabeth (HQE)dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). 

Setakat ini katanya, kontak-kontak rapat turut diarahkan menjalani kuarantin untuk pengasingan.
 

  • oleh
  • Advertisement