Anda di sini

Empat lokaliti dikenakan PKPD di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Empat lagi lokaliti di negeri ini diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata ia masing-masing satu lokaliti di Sri Aman, Meradong, Kuching dan Kabong.

“Di Sri Aman PKPD melibatkan Rumah (Rh) Faizal, Kampung Engkeramut yang berkuat kuasa 5 hingga 18 Ogos sementara di Meradong melibatkan Rh Rentap, Sg. Rayah, Bintangor (5 hingga 21 Ogos).

“Di Kuching PKPD melibatkan Kampung Bintawa Tengah dan Ulu yang berkuat kuasa 6 hingga 19 Ogos 2021 dan di Kabong melibatkan Rh Nyambar, Dabai Baroh, Roban (6 hingga 20 Ogos 2021),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu jawatankuasa berkata tiga lokaliti dilanjutkan tempoh PKPD melibatkan Rh Labo Abit, Jambatan Lemua, Bakong; Rh Ambon Menggat, Jambatan Lemua, Bakong dan Rh Seman Riggie, Sg. Nat, Jalan Samling, Tinjar, Beluru.

Kesemua PKPD di lokaliti berkenaan dilanjutkan dari 6 hingga 12 Ogos 2021.

“Jawatankuasa hari ini juga memutuskan PKPD di dua lokaliti ditamatkan pada 5 Ogos iaitu melibatkan Rh Bat/Doris, Simpang Koko di Sarikei dan Kuarters Pekerja, Ramawin Sdn Bhd, Kemena Industrial Estate di Bintulu,” katanya.

Mengenai laporan notis kompaun, polis Sarawak telah mengeluarkan 35 notis kompaun dengan 33 di Kuching manakala masing-masing satu di Miri dan Mukah kerana gagal mematuhi SOP. 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan polis Sarawak sehingga kini sebanyak 9,710.  

Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula empat notis kompun masing-masing dua di bawah seliaan Majlis Daerah Bau dan Lembaga Kemajuan Bintulu atas kesalahan melanggar SOP.

Dengan ini sebanyak 1,381 notis kompaun dikeluarkan di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, setakat ini.

  • oleh
  • Advertisement