Anda di sini

Berek bujang di kem Batalion 10 musnah dalam kebakaran

Advertisement
Bomba memadamkan kebakaran yang memusnahkan berek tersebut, hari ini. 

SIBU: Sebuah blok berek 16 pintu di kem Batalion 10, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Lanang di sini ranap dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap dari Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu digerakkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 11.34 pagi.

"Setiba di tempat kejadian, didapati kebakaran membabitkan satu blok berek bujang berstruktur kayu musnah 80 peratus," katanya.

Difahamkan, seramai 10 penghuni menduduki blok berek bujang yang terjejas di kem lanang yang berusia lebih setengah abad.

Komander operasi turut melaporkan bahawa pasukan bomba mengalami kesukaran dalam usaha memadamkan api disebabkan tekanan air pili bomba rendah.

Katanya, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

Operasi pemadaman terkawal pada jam 11.55 tengah hari.

Seramai 13 anggota bomba terlibat dalam operasi itu yang turut dibantu oleh enam anggota polis dan 10 orang anggota PGA

Operasi tamat pada jam 12.25 tengah hari dan punca kebakaran dan anggaran kerosakan masih dalam siasatan forensik bomba.

  • oleh
  • Advertisement