Anda di sini

Tujuh lagi lokaliti dikenakan PKPD di Sarawak 

Advertisement
 

KUCHING: Tujuh lagi lokaliti di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan enam daripadanya melibatkan rumah panjang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata daripada tujuh lokaliti empat di Sri Aman dan masing-masing satu di Subis, Lubok Antu dan Kabong.

"Di Sri Aman ia melibatkan Rumah (Rh) Gunong, Kampung Samak, Undop; Rh Lansam Kubu, Kampung Kandis Asal; Rh Laham Mada, Kampung Bangkong Engkabang, Pantu dan Rh Igoh Atut, Kampung Selanjan Jalong, Pantu dan semua PKPD berkenaan berkuat kuasa dari 5 hingga 18 Ogos 2021.

"Manakala di Subis, PKPD melibatkan Rh Angut Anding, Ulu Keriok, Niah yang berkuat kuasa dari 3 hingga 17 Ogos 2021, di Lubok Antu PKPD melibatkan Rh Gindy, Nyemungan Lubok Antu (dari 4 hingga 17 Ogos 2021) dan di Kabong melibatkan Kampung Sessang (berkuat kuasa 5 hingga 19 Ogos 2021)," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jawatankuasa turut memaklumkan dua lokaliti iaitu di Rh Lanchum, Kampung Tenggang, Pantu Sri Aman dan Kuarters Pekerja, Ladang Suajaya Crop Mahir Sdn Bhd Tatau masing-masing ditamatkan PKPD pada 4 Ogos 2021.

Mengenai laporan notis kompaun, polis Sarawak telah mengeluarkan 12 notis kompaun dengan Sarikei (5), Kuching (4) dan Padawan (3) kerana ingkar SOP.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan polis Sarawak sehingga kini sebanyak 9,675.

"Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula dua notis kompun di bawah seliaan masing-masing satu Majlis Daerah Serian dan Majlis Daerah Meradong dan Julau atas kesalahan melanggar SOP.

"Dengan ini sebanyak 1,377 notis kompaun dikeluarkan di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, setakat ini," katanya.

  • oleh
  • Advertisement