Anda di sini

SOP sedia ada masih berkuat kuasa sehingga SOP Fasa 3 PPN diwartakan - JPBNS

Advertisement
 

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengingatkan bahawa garis panduan (SOP) Pelan Pemulihan Nasional (PPN) sedia ada masih lagi berkuat kuasa.

JPBNS memaklumkan ia sehingga SOP Fasa 3 PPN bagi Sarawak diwartakan. 

"Kerajaan Sarawak telah diberi pengiktirafan untuk beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Nasional (PPN) pada hari ini. 

"Bagaimanapun, orang ramai diingatkan bahawa SOP sedia ada masih berkuat kuasa sehingga SOP Fasa 3 PPN bagi Sarawak telah diwartakan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jawatankuasa turut memberitahu, pihak Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) Sarawak memohon mereka yang belum menerima dos pertama vaksin COVID19 atau belum menerima janji temu vaksinasi untuk menghubungi nombor-nombor tambahan bagi urus setia bahagian-bahagian yang telah dikemas kini. 

Antaranya, bagi Bahagian Kuching boleh dihubungi di talian 082-597509, 082-597503, 082-597566 atau 013-2742806 (WhatsApp sahaja) sementara bahagian Samarahan (082-673833, 082-661684, 082-671684, 013-7780621). 

Manakala bahagian Sri Aman boleh menghubungi Klinik Kesihatan Sri Aman (083-327769) atau PPV Sri Aman (083-320228) atau Klinik Kesihatan Lubok Antu (083-584015).

Di bahagian Betong, Daerah Betong (010-5137066 atau 013-3289982), Daerah Saratok (011-29231942 atau 011-29231880), Daerah Kabong (019-9518916), Daerah Pusa (014-3129562 atau 014-3043350), PPV Beladin (014-6979075 atau 014-9021265).

Di Bintulu orang ramai boleh menghubungi talian 011-2324 0449 sementara di Miri talian yang boleh dihubungi (085-322737 atau 085-322301) dan 011-59284348 serta 011-59424290 (WhatsApp sahaja).

Bahagian Limbang orang ramai boleh menghubungi talian 085-202115, 085-202123, 085-202105 atau 010-9225743 (Daerah Limbang) dan 085-283102, 085-283103, 085-283105 atau 085-283108 (Daerah Lawas). 

Untuk Serian boleh hubungi Pejabat Residen Serian 082-892000 atau PPV Dewan Masyarakat Serian (014-3832685, 016-4042685 atau 016-8382685), PPV Dewan Masyarakat Tebedu (014-3132685 atau 016-5332685) dan PPV Dewan Masyarakat Siburan (010-3832685 dan 016-5302685). 

Di Sarikei talian boleh dihubungi (084-644976 atau 084-654396) sementara bahagian Mukah di PPV Daerah Mukah (084-871276, 013-4721503, 017-2069362, 016-7479362 dan 013-2834942) atau PPV Daerah Dalat (084-863149, 084-863041, 014-3937965 dan 0111-5829386). 

Selain itu mereka boleh menghubungi PPV Daerah Matu di talian (084-832336, 013-5631242, 013-8112253 dan 016-7484784), PPV Daerah Daro (084-823363, 0115-1703770, 0112-5177186, 013-3650620, 019-4393343, 014-5894906, 013-4380821 dan 013-4971416).

Bagi PPV Daerah Tanjung Manis (084-815261, 019-5352102 dan 0113-5773177). 

Di bahagian Sibu talian boleh dihubungi Pejabat Residen Bahagian Sibu (084-317934), PPV Sibu Indoor Stadium (084-353295 dan 019-8159608), atau PPV Dewan Serbaguna Sibu Jaya (016-7054991) atau PPV Dewan Serbaguna Selangau (084-891104) dan Dewan Pejabat Daerah Kanowit (084-752203).

Manakala di bahagian Kapit boleh menghubungi Daerah Kapit di talian 084-796322 atau 019-8360417 (Whatsapp sahaja), Daerah Song (084-777250) atau Daerah Belaga (086-461315 dan 086-461323) dan Daerah Bukit Mabong 084-796059.

  • oleh
  • Advertisement