Anda di sini

PM tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong pagi ini

Advertisement
Muhyiddin melambaikan tangan kepada pengamal media ketika memasuki pekarangan Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan hari ini. - Gambar Bernama
Muhyiddin melambaikan tangan kepada pengamal media ketika memasuki pekarangan Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan hari ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara pagi ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan dinaiki Muhyiddin dilihat memasuki pintu utama Istana Negara kira-kira 10.53 pagi.

Selain itu, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun pula dilihat memasuki Pintu 2 Istana negara pada 9.30 pagi.

Kira-kira sejam kemudian iaitu pada 11.50 pagi, Muhyiddin dilihat keluar dari pintu utama Istana Negara.

Beliau turut membuka tingkap kenderaan sambil melambai kepada petugas media yang membuat liputan di sini. - Bernama 

Advertisement