Anda di sini

Gempa bumi kuat landa Selatan Sumatera

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud pada 6.1 skala Richter melanda Selatan Sumatera di Indonesia pada 6.48 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan 244km barat dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 48km.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa terbabit tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan berkenaan. - BERNAMA

Advertisement