Anda di sini

Atlet Norway, Karsten Warholm pecah rekod dunia acara lari berpagar 400m

Advertisement
Gambar olympics.com/tokyo

TOKYO: Karsten Warholm dari Norway memecahkan rekod dunia acara lari berpagar 400 meter lelaki sekali gus merangkul pingat emas Olimpik Tokyo pada Selasa.

Atlet berusia 29 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 45.94 saat, memperbaiki rekod lamanya 46.70 saat.

Sementara itu, Rai Benjamin dari Amerika Syarikat memperoleh perak dengan masa 46.17 saat dan Alison dos Santos dari Brazil meraih gangsa, lapor Agensi Berita Xinhua. - Bernama 

Advertisement