Anda di sini

180 lagi varian Delta dikesan di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak merekodkan 180 lagi kes baharu varian Delta (B.1.617.2), kata Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof. Dr David Perera.

Beliau berkata 180 kes baharu itu dikesan daripada 355 kes positif COVID-19 di seluruh negeri yang dikendalikan ICHM.

Menurut David, kes-kes baharu varian Delta dikesan pada 27 Julai 2021 dalam pengesan dan pengawasan varian SARS-COV-2 yang sedang menular ketika ini.

Beliau mendedahkan perkara ini dalam laporan terkininya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

David berkata 180 kes baharu varian Delta itu dikesan di Kuching, Bau, Lundu, Kota Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Miri dan Bintulu.

"Di bahagian Kuching, kita mengesan 124 kes, lapan di Lundu dan lima di Bau.

"Ini menunjukkan kadar pengesanan varian Delta ialah sebanyak 65 peratus (137 daripada sampel COVID-19 dirujuk kepada IHCM)," ujarnya.

Selain varian Delta dikesan, ICHM juga katanya pada 27 Julai 2021, telah mengesan tujuh kes varian membimbangkan (VOC) Indonesia (B.1.466.2) dan dua kes varian Beta (B.1.351).

Beliau berkata varian Beta dikesan di Kuching iaitu sebanyak dua kes manakala VOC Indonesia dikesan di Kuching melibatkan empat kes, dua di Sibu dan satu di Bintulu.

"Oleh itu, 343 varian membimbangkan (VOC)/ varian perlu perhatian (VOI) telah dikesan di Sarawak daripada kes-kes positif COVID-19," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement