Anda di sini

Silinder gas petroleum cecair PETROS kini di pasaran

Advertisement
Silinder LPG PETROS dalam penghantaran ke Kuching.
Silinder LPG PETROS dalam penghantaran ke Kuching.

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) anak syarikat milik penuh PETROSNiaga Sdn Bhd (PETROSNiaga) mula menjual silinder gas petroleum cecair (LPG) di Kuching sebelum diperluaskan ke seluruh negeri.

PETROS dalam kenyataan akhbarnya hari ini berkata silinder LPG PETROS yang mempunyai isian kini boleh didapati di kawasan Matang, Petra Jaya, seluruh Tabuan dan BDC di sini.

"Dua peniaga pertama di Kuching akan menjual dan menyediakan perkhidmatan LPG PETROS iaitu PETROS LPG JC Gas bagi kawasan Petra Jaya dan Matang (+6012 883 0785) dan PETROS LPG Min Soon meliputi Tabuan dan BDC (+6019 888 1924).

"Pembayaran tanpa tunai menggunakan Sarawak Pay sahaja," tambahnya.

Orang ramai boleh melayari visit www.petroleumsarawak.com/PETROSLPG atau menghubungi Khidmat Pelanngan PETROS di talian 1-300-882 122 jika ada sebarang pertanyaan dan pembelian silinder LPG PETROS-#TongGasKamek, #TongGasKitai.

Advertisement