Anda di sini

Remaja mengaku rogol kekasih bawah umur

Advertisement
Tertuduh (tengah) diarahkan hadir semula ke mahkamah pada hujung bulan ini untuk laporan sosial.
Tertuduh (tengah) diarahkan hadir semula ke mahkamah pada hujung bulan ini untuk laporan sosial.

KUCHING: Seorang remaja lelaki mengaku bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol teman wanita bawah umur berusia 14 tahun. 

Tertuduh berusia 19 tahun membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Jason Juga.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa yang merupakan teman wanitanya dalam satu kejadian pada 14 Jun lalu, jam lebih kurang 2 pagi di rumah tertuduh di sebuah kampung di Petra Jaya, di sini. 

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan mangsa telah menjalinkan hubungan selama hampir enam bulan sebelum kejadian berlaku. 

Difahamkan, ibu bapa mangsa mendesak mangsa untuk membuat laporan polis. 

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 30 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan RM1,000 didepositkan berserta dua orang penjamin tempatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

  • oleh
  • Advertisement