Anda di sini

Regu wanita Indonesia raih emas Olimpik Tokyo

Advertisement
Gambar Twitter @Tokyo2020

TOKYO: Regu wanita rangking keenam dunia Greysia Polii dan Apriyani Rahayu dari Indonesia menewaskan pilihan kedua dari China, Chen Qingchen dan Jia Yifan 21-19, 21-15 pada perlawanan akhir badminton Olimpik Tokyo, Isnin.

Pasangan Indonesia itu memulakan rentak permainan dengan bersemangat sehingga berjaya menundukkan lawan dengan 'straight-set', lapor Agensi Berita Xinhua.

Sementara itu regu Korea Selatan Kim So-yeong dan Kong Hee-yong menumpaskan rakan senegara Lee So-hee dan Shin Seung-chan 21-10, 21-17 untuk merangkul gangsa. - Bernama 

Advertisement