Anda di sini

NMAC 2021 kembali lagi serlah kreativiti artis solekan tanah air

Advertisement
Haghia dan Aiman pengacara NMAC 2021
Haghia dan Aiman pengacara NMAC 2021

MIRI: Cabaran Seni Solekan Nanoken (NMAC) kembali lagi tahun ini dengan penyertaan lebih ramai dari artis-artis solekan (MUA) di seluruh negara. 
 
Pengerusi penganjur yang juga pengasas dan pencetus idea Nanoken Universe Malaysia, Hafizul Mohd Razali berkata, aktiviti kali kedua ini dianjurkan untuk menyerlah bakat-bakat MUA tempatan. 

Menurutnya, pertandingan diadakan secara dalam talian dengan penyertaan terbuka dari 29 Julai sehingga 31 Ogos. 

"Harapan kami pada tahun ini ramai lagi muka baru berani menyerlahkan kreativiti mereka. Di luar negara bidang ini sudah maju dan diterima ramai, cuma di Malaysia kita agak ketinggalan sedikit kerana kurang pendedahan mengenai bidang ini," jelasnya.

Juara tahun lepas NMAC 2020, Odiliawati Yusop dari Debak dan Naib Juara, Azaiman Kadir dari Miri, Sarawak akan mengendalikan cabaran tahun ini.

Hafizul berkata, melihat kepada kejayaan aktiviti ini, ia di jangka menarik penyertaan lebih ramai lagi MUA sekali gus menggalakkan perkongsian idea dan mengerat hubungan dan komunikasi antara peserta.

"Dari aktiviti ini, artis dapat berkarya dan menampilkan hasil seni mereka kepada umum," jelasnya. 
 
Mengulas lanjut tentang pertandingan, setiap peserta diminta membuat solekan bunian kayangan nusantara sebagai tugasan pertama.

Hanya 15 peserta yang disaring layak memasuki peringkat seterusnya bermula 14 Ogos sehingga 31 Ogos.

Mereka diminta untuk mengikuti halaman Facebook Kapten Neo dan juga Facebook peribadi pengendali pertandingan.

Hadiah berupa wang tunai dan termasuk barangan seperti penaja, Iris Khairi dan juga Mungilips menanti pemenang.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Odiliawati di laman Facebook Haghia Sophia dan Azaiman Kadir di laman Facebook Iman Aiman.

Advertisement