Anda di sini

Miltiadis Tentoglou dari Greece raih emas lompat jauh lelaki

Advertisement
 
 

TOKYO: Atlet Greece, Miltiadis Tentoglou menyumbangkan emas buat negaranya menerusi acara lompat jauh lelaki di Olimpik Tokyo pada Isnin.

Tentoglou membuat lompatan 8.41 meter (m) dalam percubaan terakhirnya untuk mengikat kedudukan seri dengan Juan Miguel Echevarria dari Cuba.

Atlet itu menang menerusi pencapaian kedua terbaik sejauh 8.15m mengatasi Echevarria yang membuat lompatan 8.09m, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pingat gangsa juga menjadi milik Cuba menerusi atlet Maykel Masso dengan lompatan sejauh 8.21m. - Bernama 

Advertisement