Anda di sini

Mangsa kebakaran di Kg Bariawa Ulu terima bantuan

Advertisement
 Mangsa kebakaran di Kampung Bariawa Ulu  Jalan Kimanis Keningau terima bantuan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Keningau dan Unit Perhubungan Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan.
BANTUAN: Mangsa kebakaran di Kampung Bariawa Ulu  Jalan Kimanis Keningau terima bantuan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Keningau dan Unit Perhubungan Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan.


KENINGAU: Skuad Prihatin Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau dan Unit Perhubungan Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk di Kampung Bariawa Ulu  Jalan Kimanis Keningau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan yang telah ditimpa musibah kebakaran.


Kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Bariawa Ulu  Jalan Kimanis Keningau itu telah memusnahkan seluruh tiga buah rumah yang didiami 4 buah keluarga.


Sejurus menerima khabar mengenai kejadian itu, Ketua Pejabat Pegawai Penyalaras DUN Liawan di PKRP Keningau Erick Takun bersama Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Adzra RM Jasni dan Kapitan Anthony Chong daripada Pejabat UPPM mengambil inisiatif menghantar bantuan keperluan dapur kepada mangsa kebakaran.


Erick berkata perkara itu akan di bawa ke pihak yang berkenaan untuk tindakan lanjut agar mereka yang ditimpa musibah itu dapat menerima bantuan sewajarnya dari pihak berwajib.


“Kita amat bersimpati kepada semua mangsa dan berharap mereka tabah dan bersabar dengan ujian ini sementara menunggu bantuan selanjut daripada pihak yang berwajib ,” kata Erick ketika ditemui semasa penghantara bantuan tersebut kelmarin.


Antara ketua keluarga yang terlibat Zaicco Majuling, Mohd Fadzli Matni, Peter Lie Majuling dan Rasima Matigal.


Dalam kejadian Ahad lalu sekitar jam 4.30 pagi, tiga buah rumah musnah akibat kebakaran di Kampung Bariawa Ulu Jalan Kimanis Keningau. Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau berjaya mengawal api dari merebak pada jam 5.28 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6 pagi.


Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian terbabit dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.


Kelihatan Erick (kiri) mewakili Ahli Parlimen Datuk Seri Panglima Dr Jeffery Kitingan, Adzra (dua kanan), Kapitan Anthony (dua kiri) mewakili  ADUN Liawan Datuk Annuar Ayub Aman semasa hadir menghantar sumbangan bagi sedikit sebanyak meringankan bebanan mangsa.

  • oleh
  • Advertisement