Anda di sini

Hubungi urusetia Bahagian bagi individu belum terima dos vaksin dan temujanji sebelum 5 Ogos ini

Advertisement
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

KUCHING: Individu yang belum menerima dos pertama vaksin COVID-19 dan temu janji vaksinasi di negeri ini kini boleh memohon menerusi urusetia bahagian masing-masing sebelum 5 Ogos ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian tambahan atau melalui aplikasi WhatsApp.

“Pihak Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Sarawak memohon mereka yang belum menerima dos pertama vaksin COVID-19 atau belum menerima temujanji vaksinasi untuk menghubungi nombor-nombor tambahan bagi urusetia bahagian-bahagian yang telah dikemaskini sebelum 5 Ogos 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antaranya di bahagian Kuching, kata JPBNS, orang ramai boleh menghubungi talian 082-597509, 082-597503 atau 082-597566 atau 013-2742806 (Whatsapp sahaja).

Manakala di Samarahan talian boleh dihubungi adalah 082-673833, 082-661684, 082-671684 dan 013-7780621.

“Di Sri Aman boleh menghubungi Klinik Kesihatan Sri Aman di talian 083-327769 atau PPV Sri Aman (083-320228) atau Klinik Kesihatan Lubok Antu 083-584015.

“Manakala bahagian Betong, orang ramai boleh menghubungi 010-5137066 dan 013-3289982 di daerah Betong dan Daerah Saratok ialah 011-29231942 dan 011-29231880.

“Daerah Kabong (019-9518916), Daerah Pusa (014-3129562 dan 014-3043350) dan PPV Beladin (014-6979075 dan 014-9021265),” katanya.

Jawatankuasa berkata bagi bahagian Bintulu orang ramai boleh menghubungi talian 011-2324 0449.

Di Miri talian boleh dihubungi 085-322737 atau 085-322301 atau 011-59284348 (Whatsapp sahaja)  dan 011-59424290 (Whatsapp sahaja).

Bagi bahagian Limbang, di daerah Limbang 085-202115, 085-202123, 085-202105 atau 010-9225743 sementara di Daerah Lawas taliannya adalah 085-283102, 085-283103, 085-283105 dan 085-283108.

“Di Serian mereka boleh menghubungi Pejabat Residen Serian di talian 082-892000 atau PPV Dewan Masyarakat Serian (014-3832685 016-4042685 dan 016-8382685) atau PPV Dewan Masyarakat Tebedu (014-3132685 dan 016-5332685) atau PPV Dewan Masyarakat Siburan (010-3832685 dan 016-5302685).

Bagi bahagian Sarikei talian yang boleh dihubungi 084-644976 atau 084-654396.

Manakala Mukah boleh hubungi PPV Daerah Mukah 084-871276, 013-4721503, 017-2069362, 016-7479362 dan 013-2834942.

Mereka juga boleh menghubungi PPV Daerah Dalat di talian 084-863149, 084-863041, 014-3937965  atau 0111-5829386 manakala di PPV Daerah Matu (084-832336, 013-5631242, 013-8112253 atau 016-7484784).

PPV Daerah Daro (084-823363, 0115-1703770, 0112-5177186, 013-3650620, 019-4393343, 014-5894906, 013-4380821 atau 013-4971416).
 
Mereka juga boleh menghubungi PPV Daerah Tanjung Manis di talian 084-815261 atau 019-5352102 atau 0113-5773177.

Bahagian Sibu, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Residen Bahagian Sibu di talian 084-317934 atau PPV Sibu Indoor Stadium (084-353295 dan 019-8159608).

“Selain itu PPV Dewan Serbaguna Sibu Jaya (016-7054991), PPV Dewan Serbaguna Selangau (084-891104) dan Dewan Pejabat Daerah Kanowit (084-752203),” katanya.

JPBNS memaklumkan di bahagian Kapit, mereka boleh menghubungi talian 084-796322 atau 019-8360417 (Whatsapp sahaja) bagi daerah Kapit.

Sementara Daerah Song(084-777250) manakala  Daerah Belaga (086-461315 atau 086-461323) dan Daerah Bukit Mabong 084-796059.
 

  • oleh
  • Advertisement