Anda di sini

Dua pekerja restoran patah kaki dalam nahas di Sibu

Advertisement
Kedua-dua mangsa sedang menunggu pasukan perubatan sebelum dibawa mendapatkan rawatan.
Keadaan kedua-dua mangsa sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

SIBU: Dua pekerja di sebuah restoran yang terletak di Jalan Wong Soon Kai, di sini patah kaki apabila motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta, hari ini.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Jalan Ulu Sungai Merah pada kira-kira jam 10 pagi.

Dalam kejadian itu, penunggang motosikal, yang merupakan seorang lelaki berumur 24 tahun dan berasal dari Indonesia patah kaki kiri.

Manakala rakannya, seorang wanita tempatan patah kaki kanan.

Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa yang sedang perjalanan ke tempat kerja sedang menghala ke tempat kerja.

Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mereka dikatakan dirempuh sebuah kereta sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke bahu jalan.

Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, polis yang dimaklumkan mengenai insiden berkenaan turut datang ke tempat kejadian.

Kes masih disiasat.

  • oleh
  • Advertisement