Anda di sini

COVID: 15,764 kes baharu hari ini - KP Kesihatan

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 turun kepada 15,764 dalam tempoh 24 jam lepas berbanding 17,150 kes dicatatkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham menerusi hantaran di Facebook beliau berkata kes baharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini 1,146,186 kes.

Katanya, Selangor kekal negeri dengan kes harian tertinggi sebanyak 6,067 kes diikuti Kuala Lumpur (1,536), Johor (1,222), Sabah (1,166) dan Kedah (1,108).

Negeri Sembilan pula merekodkan sebanyak 862 kes baharu, Perak (748), Pulau Pinang (667), Kelantan (552), Pahang (475), Melaka (463), Terengganu (425), Sarawak (411), Putrajaya (46), Perlis (sembilan) dan Labuan (tujuh). - Bernama 

Advertisement