Anda di sini

20 keluarga bersama warga emas terima sumbangan

Advertisement
 Ling (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para penerima bantuan
KENANGAN: Ling (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para penerima bantuan

KOTA KINABALU: Capital Associates Printing Press telah menyampaikan bantuan kepada 20 keluarga serta warga emas di Kampung Kionsom Inanam.

Ketua Pengerusi Eksekutif syarikat berkenaan Datuk Seri Ling Hie Sing sendiri turun padang menyerahkan bantuan berbentuk makanan dan token kepada para keluarga serta warga emas.

"Mereka adalah golongan yang sangat terjejas dalam tempoh kini dan demi melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), syarikat ini melakukan yang terbaik untuk menyumbangkan bantuan kepada mereka yang memerlukan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Nur Shafiezzah Maskir.

Dalam pada itu Nur Shafiezzah turut berterima kasih kepada Capital Associates Printing Press  kerana sudi membantu penduduk kampung yang sangat memerlukan.
 

  • oleh
  • Advertisement