Anda di sini

Warga emas berumur 101 tahun terima vaksin

Advertisement
 Kagus menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19
TERIMA PUJIAN: Kagus menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19

TAMPARULI: Keberanian seorang warga emas berusia 101 tahun dari Kampung Lapai, Tenghilan hadir sebagai penerima vaksin COVID-19 menerima pujian. 

Kagus Languan, 101, dari Kampung Lapai Tenghilan, adalah penerima vaksin tertua dilaporkan menerima suntikan di Klinik Kesihatan Tenghilan, dekat sini, hari ini. 

Beliau ketika berada dalam pemantauan selepas menerima suntikan berasa syukur dan menghargai peluang yang diberikan bagi membolehkannya menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19. 

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim yang menerima berita itu, memuji semangat dan keberanian Kagus. 

Gembira dengan perkembangan berkenaan Jahid turut mengongsikan gambar Kagus di laman sosial Facebook miliknya. 

"Saya difahamkan, beliau (Kagus) sangat tenang ketika menerima suntikan vaksin dan berada dalam keadaan yang baik, pujian juga harus diberikan kepada semua petugas dan kakitangan yang ada," katanya. 

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli juga telah membuat lawatan ke Klinik Kesihatan Tenghilan beberapa hari lepas, bagi meninjau perkembangan pemberian suntikan vaksin di situ, sambil memberikan semangat dan motivasi kepada masyarakat yang hadir. 

Katanya, kesedaran orang ramai terhadap kepentingan vaksin tanpa mengira peringkat umur dapat membantu untuk mencapai jangkauan imuniti berkelompok yang disasarkan kerajaan. 
 

  • oleh
  • Advertisement