Anda di sini

Wanita ditahan palsukan keputusan ujian COVID-19 

Advertisement
 

KUCHING: Seorang wanita berusia 33 tahun ditangkap polis atas kesalahan pemalsuan keputusan ujian swab COVID-19. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar) berkata Suspek didapati mengemukakan keputusan ujian palsu ketika cuba memohon permit polis di untuk penerbangan dari Kuching ke Bintulu.

“Pemeriksaan dua kali pihak penguatkuasa dengan hospital swasta seperti didakwa suspek mendapati bahawa keputusan memang palsu,” katanya ketika dihubungi The Borneo Post. 

Suspek ditangkap di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 di Balai Polis Sungai Maong sekitar jam 8.15 malam, Sabtu selepas kenyataan direkodkan. 

Sementara itu, polis Sarawak telah mengeluarkan 23 kompaun kepada beberapa individu atas kesalahan melanggar garis panduan (SOP). 

Daripada jumlah tersebut, 17 kompaun dikeluarkan di Kuching, Bintulu (3) dan Miri (1). 

Antara kesalahan yang dibuat ialah gagal mematuhi penjarakan fizikal, tidak mengimbas kod MySejahtera di premis, gagal memakai pelitup muka dan makan di kedai makan selepas jam 10 malam. 

  • oleh
  • Advertisement