Anda di sini

Sebuah rumah musnah dalam kebakaran

Advertisement
 Rumah yang terlibat dalam kebakaran itu hangus keseluruhannya.
MUSNAH: Rumah yang terlibat dalam kebakaran itu hangus keseluruhannya.

KINABATANGAN: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di kampung Batu Putih, Jalan Sandakan-Lahad Datu, di sini awal pagi tadi.   

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.58 pagi.

“Seramai enam anggota bomba bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi memadam dan menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memadam supaya api tidak merebak ke kawasan lain.

“Pasukan bomba dapat mengawal kebakaran sejam kemudian dan operasi ditamatkan selepas semua lokasi kejadian betul-betul selamat,” katanya.

Katanya, setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.

“Siasatan  akan dijalankan oleh pasukan bomba untuk mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement