Anda di sini

Lima rumah musnah dalam dua kebakaran

Advertisement
 Anggota bomba berusaha memadam kebakaran membabitkan dua rumah di kawasan Teck Guan Villa.
API MARAK: Anggota bomba berusaha memadam kebakaran membabitkan dua rumah di kawasan Teck Guan Villa.

KOTA KINABALU: Sebanyak lima rumah musnah dalam dua kejadian kebakaran berasingan hari ini.

Kejadian pertama membabitkan dua rumah di Lorong Tupai 1, Teck Guan Villa dekat sini kira-kira jam 12 tengah malam tadi

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dibantu BBP Lintas bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.18 tengah malam.

Kedua-dua rumah terbabit musnah hampir 90 peratus akibat kebakaran itu. Operasi memadamkan api tamat sepenuhnya pada jam 3.30 pagi.

Dalam kejadian berasingan, tiga rumah musnah akibat kebakaran di Kampung Bariawa Ulu Jalan Kimanis Keningau kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Anggota dari BBP Keningau berjaya mengawal api dari merebak pada jam 5.28 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6 pagi.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua kejadian terbabit dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.
 

  • oleh
  • Advertisement