Anda di sini

Lelaki meninggal dunia di tepi jalan di Tanjung Sepat positif COVID-19 - Polis

Advertisement
 

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang ditemukan terbaring tidak sedarkan diri di tepi Jalan 3 Tepi Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat, dekat sini Rabu lepas, telah meninggal dunia seperti tular di media sosial dan disahkan positif COVID-19.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata  kejadian itu dilaporkan orang awam kepada Balai Polis Tanjung Sepat kira-kira 5 petang.

Ahmad Ridhwan berkata pihak polis kemudiannya telah menghubungi pegawai kecemasan Klinik Kesihatan Tanjong Sepat untuk bantuan ambulan ke lokasi kejadian.

“Pegawai kesihatan telah mengesahkan lelaki berusia 53 tahun itu telah meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan awal dijalankan mendapati tiada unsur jenayah sebelum mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk bedah siasat dan mendapati mangsa positif  COVID-19,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video berdurasi 19 saat di laman sosial hari ini memaparkan pasukan perubatan melakukan pemeriksaan terhadap seorang lelaki. - Bernama 

Advertisement