Anda di sini

Empat tahanan positif COVID-19 diburu polis

Advertisement
 Polis giat memburu empat tahanan positif COVID-19 yang melarikan diri dari puat kuarantin.
DIBURU: Polis giat memburu empat tahanan positif COVID-19 yang melarikan diri dari puat kuarantin.

PENAMPANG: Empat tahanan lelaki yang disahkan positif COVID-19 giat diburu polis selepas melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kesemua suspek meloloskan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) di sini.

Katanya, keempat-empat tahanan terbabit dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke pusat kuarantin berkenaan secara berperingkat bermula 24 Julai lepas selepas disahkan positif COVID-19.

"Tahanan yang terlibat termasuk Mohd Rahman Basir, 24, Arippian Abdul, 27, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak polis meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kesemua tahanan yang terlibat agar segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

  • oleh
  • Advertisement