Anda di sini

'Bantulah kami', rayu penggiat industri fotografi, videografi dan solekan kepada kerajaan negeri

Advertisement
 Mohd Danial (tengah) mewakili rakan-rakan merayu kepada kerajaan negeri supaya membenarkan mereka beroperasi.
SIDANG MEDIA: Mohd Danial (tengah) mewakili rakan-rakan merayu kepada kerajaan negeri supaya membenarkan mereka beroperasi.


KOTA KINABALU: Ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebahagian besar penggiat industri fotografi, videografi dan solekan di negeri ini hilang punca pendapatan dan sekiranya perkara ini berlanjutan ia kemungkinan memaksa mereka untuk 'gulung tikar'.


Mohd Danial Ramadhan Abdullah yang mewakili seramai kira-kira 1,000 penggiat industri (komersial termasuk secara bebas (freelance) ) di negeri ini merayu kepada kerajaan negeri Sabah supaya 'membantu' mereka dalam industri itu.


Jelas beliau, mereka (penggiat industri) kini hilang punca pendapatan dan tidak berdaya untuk 'bertahan' lebih lama lagi sekiranya perkara itu berlarutan (tidak membenarkan untuk beroperasi).

 Mohd Danial (tengah) dan dua rakannya menunjukkan plakad merayu kepada kerajaan negeri supaya membenarkan mereka beroperasi.
RAYU: Mohd Danial (tengah) dan dua rakannya menunjukkan plakad merayu kepada kerajaan negeri supaya membenarkan mereka beroperasi.


"Mewakili penggiat industri fotografi, videografi dan solekan di negeri ini, kita merayu kepada kerajaan negeri supaya memberikan kebenaran untuk beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.


"Berikanlah kami sedikit kelonggaran untuk membuat penggambaran foto, video atau 'make-up' yang biasanya dilakukan di luar (outdoor). Bilangan yang terlibat tidak juga ramai, hanya pasangan, jurukamera dan juruvideo pada satu masa atau sesi penggambaran.


"Selain daripada itu, kita juga mengharapkan studio-studio dibenarkan untuk beroperasi sekurang-kurangnya ianya dapat menjana sedikit pendapatan untuk menampung sewa dan lain-lain termasuk gaji mereka yang terlibat, " katanya dalam satu sidang media yang diadakan dekat sini pada Ahad.


Tambah Mohd Danial, pendapatan rakan-rakan yang terlibat dalam industri ini termasuk yang mempunyai studio kini semakin terjejas sejak beberapa bulan berharap kerajaan negeri mendengar keluhan mereka dan mencari solusi terbaik untuk membantu penggiat-penggiat industri terlibat.


"Untuk meneruskan kelangsungan, ada diantara mereka (penggiat industri) bekerja sementara sebagai penghantar makanan (rider) FoodPanda dan GrabFood namun ia tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian berbanding pekerjaan terdahulu.


"Ramai yang berkecimpung dalam industri ini mengharapkan kerajaan negeri dapat membuat keputusan yang wajar memandangkan mereka sudah hampir tiga bulan tidak dibenarkan beroperasi dan keadaan mereka kini umpama 'telur dihujung tanduk' dan menunggu masa untuk 'mengibar bendera putih' sekiranya terus berhadapan dengan situasi ini.


"Kita turut berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan kelonggaran untuk penggiat industri ini beroperasi seperti keputusan yang dibuat mengenai kebenaran 'dine-in' dengan mengikut SOP yang ketat, " katanya ketika menghubungi Utusan Borneo.


Dalam perkembangan sama, Mohd Danial serta rakan-rakan yang terlibat dalam industri ini menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan kerajaan negeri dan pihak berkaitan berhubung perkara itu.


Jelas beliau, selain berbincang untuk mencari solusi terbaik, mereka juga sedia mencadangkan perkara-perkara berkaitan yang sesuai bagi memastikan mereka dapat beroperasi mengikut SOP yang digariskan.

  • oleh
  • Advertisement