Anda di sini

Masyarakat diminta beri kerjasama bantu polis cegah jenayah

Advertisement
TAN
TAN

SANDAKAN: Masyarakat diminta untuk terus memberikan kerjasama kepada pihak polis bagi mencegah aktiviti jenayah di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Sabah Dr. Tan Kah Hock berkata masyarakat perlu menyampaikan maklumat mengenai aktiviti jenayah di sekitar mereka.

“Maklumat awal yang diberikan berkaitan aktiviti jenayah mungkin boleh membantu pihak polis untuk mencegahnya daripada terus berleluasa.

“Ia sekali gus dapat membantu usaha pasukan polis untuk memerangi jenayah dan menjaga ketenteraman orang awam,” katanya.

Katanya, sebagai warganegara yang prihatin seharusnya bersikap aktif dan mempunyai inisiatif untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pencegahan jenayah.

“Setiap individu perlu mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan terutamanya program kesedaran menentang jenayah,” katanya.

Tan berkata, MCPF Sabah akan sentiasa membantu pasukan polis samada dalam bentuk kerjasama membendung jenayah mahupun menjalankan program kesedaran salah laku berkaitan undang-undang negara.

“Sebagai satu-satunya organisasi yang mempromosikan kewajipan mencegah jenayah, kami komited dalam mencapai misi dan visi MCPF Sabah.

“Kami berharap, semua masyarakat dapat memberikan kerjasama yang padu kepada MCPF Sabah dalam apa juga program yang bakal dilaksanakan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement