Anda di sini

Fokus pastikan rakyat DUN Pintasan terima vaksin secepatnya: Fairuz

Advertisement

KOTA BELUD: Pasukan Skuad N8 DUN Pintasan dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) berusaha memastikan semua penduduk di seluruh DUN itu menerima suntikan vaksinasi COVID-19 sekurang-kurangnya 80 peratus sebelum Oktober ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Fairuz Renddan berkata terdapat banyak perkampungan yang terletak di pedalaman dan ramai penduduk memiliki kekangan termasuk tidak memiliki telefon pintar dan MySejahtera untuk mendaftar bagi menerima suntikan vaksin COVID19.

“Atas inisiatif itu, kita nekad untuk membawa seramai mungkin penduduk diberi vaksin di, kerana saya seboleh-bolehnya mahu semua semua rakyat di DUN ini menerima dos suntikan lengkap sebelum Oktober,” katanya semasa berada di Program Outreach Vaksinasi COVID-19 bagi DUN Pintasan di Sekolah Kebangsaan Dudar.

Menurutnya, lokasi itu dipilih kerana berada di pertengahan beberapa kampung yang terlibat.

“Kita sasarkan untuk memberikan vaksin kepada 1,200 penduduk yang terdiri dari warga emas dan ada juga golongan muda.

“Lokasi ini agak jauh dari Pekan Kota Belud, dan kita turut menyediakan pengangkutan dan servis penghantaran serta mengambil penduduk kampung untuk mereka hadir ke lokasi ini, sekaligus mendapatkan suntikan vaksinasi COVID-19,”katanya.

Dalam pada itu, Fairuz yang juga Ketua ARMADA BERSATU Negeri Sabah turut memberitahu bahawa pihaknya sudah menerima lebih daripada 5,000 pendaftaran untuk vaksinasi COVID-19 bagi seluruh kawasan DUN Pintasan.

“Kita sudah selesai memberikan vaksin kepada lebih 4,000 penerima, termasuklah yang menerima vaksinasi pada program hari ini.

“Semoga usaha ini dapat dijayakan seiring dengan target kita mencapai perlindungan komuniti kelompok serta melenyapkan risiko penyebaran dan penularan pandemik COVID-19 dalam masyarakat kita.

“Kepada yang belum mendaftar untuk menerima vaksinasi COVID-19, daftarlah kerana vaksin kita selamat, jangan takut dan jangan risau, insyaAllah,” katanya.

 Fairuz (dua dari kanan) bertegur sapa bersama penduduk yang hadir untuk menerima suntikan vaksin di SK Dudar hari ini
VAKSIN: Fairuz (dua dari kanan) bertegur sapa bersama penduduk yang hadir untuk menerima suntikan vaksin di SK Dudar hari ini
Advertisement