Anda di sini

Sabah perlu menang di stadium Likas malam ini

Advertisement
JELANI HAMDAN
JELANI HAMDAN


KOTA KINABALU: Sabah FC perlu menang dalam perlawanan menentang pasukan Sri Pahang di Stadium Likas dalam saingan Liga Super malam ini.


Pengarah Sabah FC, Datuk Dr Jelani Hamdan, berkata kelebihan bermain di tempat sendiri sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan untuk mengutip mata penuh.


Katanya, perlawanan malam ini, peluang terbaik dan tidak harus dipersia-siakan untuk meraih tiga mata penuh.


"Para pemain seharusnya menggunakan setiap peluang yang hadir bagi memastikan kemenangan memihak pasukan kita," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Jelani berkata, pasukan harus melupakan kekalahan dengan pasukan PJ City FC di Stadium MBPJ Petaling Jaya, Sabtu lepas dan fokus dengan perlawanan malam ini.


"Kesilapan di penghujung perlawanan dengan PJ City FC tidak harus berulang. Gol tunggal pada minit akhir itu menyebabkan pasukan kehilangan mata," tegasnya.


Gol kemenangan PJ City FC itu dijaringkan pemain gantiannya Sunil Chandran pada minit ke-89 sekali gus memusnahkan impian Sabah FC untuk membawa pulang mata.


Menurut Pengarah Sabah FC itu, pemain juga harus menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam setiap perlawanan untuk membolehkan pasukan mampu memberi saingan kepada pasukan lawan.


"Kita mengharapkan mereka melakukan yang terbaik untuk pasukan dan kalau boleh sentiasa berusaha untuk mencatatkan kemenangan," ujarnya.


Jelani menambah persembahan menyakinkan daripada para pemain sudah tentu sangat diharapkan pihak pengurusan kelab, yang sentiasa menghargai sumbangan mereka dalam pasukan.


"Di pihak pengurusan sentiasa menyuburkan suasana kondusif kepada para pemain termasuk menyediakan gaji yang berbaloi dengan keperluan dan khidmat mereka.


"Sebab itu, kita mengharapkan prestasi yang menyakinkan daripada mereka. Sekiranya keadaan yang sebaliknya, secara jujurnya ia sudah tentu mendorong kita untuk membuat semakan semula status pemain termasuk lah penamatan kontrak mereka selepas ini," katanya.


Selepas perlawanan dengan Sri Pahang, Sabah FC sekali lagi akan beraksi di luar menentang pasukan Terengganu FC di Stadium Sultan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pada Ahad ini.

  • oleh
  • Advertisement